Followers

Monday 21 May 2012

Program Azam Kerja di Kompleks Penjara Sungai Udang

Program ini diadakan pada 19/05/2012. Ancik bertolak dari Shah Alam ke Sungai Undang selepas solat Subuh, kira-kira pukul 6.30 pagi. Alhamdullillah, sebelum pukul 9.00 pagi, Ancik serta pekerja (he...he...he... anggota famili yang volunter nak tolong) sampai. Ada dua program pada hari ini, satu di Kuala Selangor dan satu di Sungai Udang. Ancik dan famili ke Sungai Udang manakala Abang Badiran ke Kuala Selangor.

Cuaca cerah, dan menjelang ke tengah hari menjadi agak panas... Masalah kecil timbul ialah bagaimana nak mendapatkan ais untuk air soya... walaupun ada bawa sebungkus besar ais dari Shah Alam, tetapi tak mencukupi. Terpaksa keluar ke Pekan Sungai Udang untuk mendapatkan ais tambahan... dapat dua beg yang dibeli dari lori ais.

Alhamdullillah, peserta agak ramai... tetapi timbul pula masalah bekalan air soya yang dibawa tidak mencukupi. 40 liter yang dibawa habis menjelang kira-kira pukul 12.00 tengah hari. Begitu juga dengan taufu-fa. Lantaran itu, peserta yang datang sebelah petang tidak dapat merasai air soya dan taufu-fa yang dihasilkan oleh Azlynn Frozfud...

Menjelang pukul asar, program tamat dan Ancik sekeluarga berangkat ke Pantai Puteri Resort untuk merehatkan bandan sebelum bertolak ke Shah Alam pada keesokan harinya...

Tuesday 17 April 2012

9 daripada 10 Punca Rezeki Datangnya daripada Perniagaan

Berpegang kepada hadis ini, maka saya mencuba untuk memulakan perniagaan dengan membuka syarikat AzlynnFrozfud. Asalnya secara kecil-kecilan, produk dijual kepada saudara-mara dan sahabat handai, dan setelah mendapat keyakinan, barulah berani membuka syarikat dan cuba untuk berniaga sepenuh masa, insya-Allah.

AzlynnFrozfud merupakan syarikat Muslim Bumiputera yang bergiat dalam perniagaan barang makanan sejuk beku. Ada yang dihasilkan sendiri dan ada yang diambil daripada pengusaha-pengusaha Muslim yang  lain untuk dibekalkan, dengan tujuan untuk saling membantu sesama saudara Muslim untuk maju dalam perniagaan.

Di samping itu, AzlynnFrozfud juga membekalkan produk hasilan kacang soya, iaitu air soya dan taufu-fa, serta jeli kelapa untuk tujuan kenduri-kendara atau majlis keramaian. Kami juga membekalkan pati air soya untuk peniaga-peniaga air atau kepada sesiapa sahaja yang ingin berniaga air soya.

Untuk mendapatkan bekalan produk kami, sila hubungi nombor telefon yang diberikan dan juga alamat e-mel yang ada. Produk dijamin bersih, suci dan halal...

Monday 16 April 2012

Salam perkenalan

Assalamualaikum wbt...

Selamat datang ke blog saya, blog yang dibangunkan untuk memberikan serba sedikit maklumat kepada pengunjung tentang apa yang cuba saya lakukan bagi membantu anda semua menjana pendapatan di samping memasarkan beberapa produk Muslim yang halalan toyyiban... Moga ada manfaatnya kepada kita semua... insya-Allah.